Pages

Followers

Saturday 3 August 2013

MEREKA YANG DIJEMPUT, AKU YANG MENANTI

Bukan mudah bagi sebilangan insan untuk melupakan akan sesuatu perkara. Lebih lagi apabila ia melibatkan satu ikatan yang terjalin dalam satu pertemuaan. Ikatan persahabatan terbentuk dalam satu pertemuan dan ia jua tidak akan terpisah walaupun mereka itu telah di jemput Illahi Dalam persahabatan pasti membawa kenangan tak kira kenangan itu manis mahupun yang pahit. Hanya kenangan itu yang mampu kita kenangi di saat kita merindui mereka yang telah pergi. Namun jangan kita lupa untuk sedekah al-fatihah untuk mereka dan iringilah sekuntum doa agar roh mereka tergolong dalam golongan yang mendapat keampuan dan rahmat daripada Illahi.

Syukriyyah nama yang diberikan kepada seorang gadis yang berasal dari kawasan pedalaman. Kalau di hitung, umurnya menyamai umurku. Aku mengenal insan ini ketika menuntut di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di kampung aku, Sekolah Kebangsaan Telaga. Walaupun perwatakanya agar kasar sedikit namun insan ini merupakan seorang yang ceria. Namun keceriaan itu hilang pabila mencecah usia 11 tahun @ 12 tahun. Aku pun tak berapa ingat tapi yang pasti insan ini meninggalkan kami ketika di awal bangku persekolahan akibat kemalangan di hadapan sekolah. Kejadian itu terjadi di waktu pagi dan ia berita itu membuatkan kami kesedihan kerana telah kehilangan seorang sahabat.

Penulisan diteruskan sejurus selesai menjalani ibadat terawih. Seterusnya sekali lagi aku terasa akan kehilangan seorang sahabat yang mana insan ini merupakan salah seorang yang rapat dengan aku semasa di alam persekolahan menengah. Walaupun kami bukan sekelas namun keakraban itu tak terhalang pun. Insan ini bernama Abdilsalam yang mana seusia jua dengan aku kalau diikutkan masa sekarang. Walaupun arwah seorang yang tegas namun ada juga waktu dia berjenaka. Aku berkawan dengan arwah dari tingkatan 1 sampai ke tingkatan 3. Selepas itu arwah telah berpindah ke sekolah yang lain. Dan aku mendapat perkhabaran tentang kehilangan dia ketika aku tingkatan 6. Sampai sekarang keratan akhbar yang menceritakan peristiwa kemalangan yang melibatkan arwah masih lagi aku simpan.

Seterusnya kehilangan insan ini baru terasa kerana beliau telah meninggal dunia pada tahun ini, 2013. Sahabat ini aku kenali semasa aku menuntut pendidikan di sebuah universiti, Universiti Utara Malaysia. Pertemuan dengan arwah berlaku ketika kami sama-sama terlibat dalam satu program yang telah dilaksanakan oleh senior Sekretariat Rakan Muda. Tujuan program itu diadakan adalah untuk mencari pelapis yang akan terus menerajui jawatan yang terdapat dalam kelab yang tidak asing di UUM. Selepas program itu, kami sekali lagi bergabung tenaga dalam menjayakan sebuah program yang diberi nama Annual Grand Dinner SRM. Kemudian persahabatan semakin rapat dan erat apabila sering terlibat bersama dalam program yang dilaksanakan. Perkhabaran mengenai kehilangannya amat mengejutkan dimana ia terjadi pada subuh hari. Ketika itu aku sedang menunaikan solat subuh, dan telah menerima beberapa panggilan yang tak berjawab. Aku juga telah menerima SMS yang menyatakan akan kematian arwah. Kandungan SMS itu sangat mengejutkan dan aku pada mulanya tidak percaya. Tetapi selepas mendapat kepastian daripada seorang insan yang lebih rapat dengan arwah. Dan perkhabaran itu bukanlah satu khayalan atau mimpi tetapi realiti. Pada pagi itu aku dan bersama-sama rakan yang lain telah bergegas ke rumah arwah untuk menatap wajah arwah buat kali yang terakhir. Insan yang aku maksud kan disini adalah insan yang bernama Musa bin Ahmad.
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!