Pages

Followers

Wednesday 31 July 2013

DI SINI PERMULAAN KU

Selepas tamatnya dunia sebagai seorang mahasiswa di salah sebuah institusi pengajian (Universiti Utara Malaysia), aku mula mengatur perjalanan hidup aku di dalam dunia pekerjaan. Pada mulanya, sebelum aku merantau ke tempat yang asing bagi aku, aku bekerja sebagai tukang rumah bersama-sama ayah aku. Aku memilih untuk menceburkan diri dalam pekerjaan ini kerana aku ingin mengalami sendiri macam mana keperitan seorang ayah mencari reseki untuk keluarganya. Bermacam-macam kemahiran yang aku perolehi sepanjang penglibatan aku dalam dunia penukang ini. Daripada satu step ke satu step aku naik dan daripada satu kemahiran ke satu kemahiran aku perolehi. Sehingga aku boleh katakan kat sini, kalau nak buat rumah tu tak ada masalah sangat.

Wokeyy itu kisah aku semasa kat kampung. Selepas raya puasa pada tahu lepas, aku mula merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari pengalaman kerja di sini. Aku telah bekerja di salah sebuah syarikat swasta, Sodec Datacapture Sdn Bhd berjawatan sebagai kerani. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal company ni, boleh lah ringan-ringankan tangan untuk layari laman web ni http://www.sodec.com.my. Sodec Datacapture bertindak sebagai sumber luar yang memberi perkhidmatan kepada syarikat seperti bank dan insurnans (lebih kurang macam tu la). Tempat yang aku kerja ini sebagai sumber luar kepada sebuah bank, United Oversea Bank. So bila balik kampung, orang bertanya kerja apa kat kuala lumpur? Aku pasti jawab kerja kerani bank hahahah padahal bukan tapi ada juga kaitan dengan bank betul tak?

Kemasukan aku dalam company ni melalui sahabat aku, Engku Nur Arita a.k.a Ita or my amoi. Kenapa pulak ada gelaran my amoi tu erk? Pendek kisah nya tapi malas aku nak cerita hehehehe. Aku di tempatkan di bahagian imaging. Skop kerja simple saje, apabila application masuk,seorang akan cop nombor rujukan, kemudian asingkan setiap application dengan menggunakan patch 3. The next step seorang staf akan scan semua application tu manakala seorang lagi akan index dan akhir sekali assistant supervisor akan buat quality check (QC).

Untuk tempoh 4 bulan, aku just sebagai kerani biasa. Selepas 4 bulan aku telah mengambil alih untuk jawatan assistant supervisor kerana staf yang sebelum ni telah berhenti kerja. Pejam celik pejam celik dah 10 bulan aku bekerja disini dan banyak pengalaman yang aku perolehi. Begitu juga kenangan bersama rakan-rakan sepejabat. Wokey kat bawah nie gambar tempat aku bekerja yang terletak di Ampang Park . Enjoy see the pictures wokeyyyy....

Sodec Datacapture c/o UOB  level 26 the intermark building  
Kesesakan di Kuala Lumpur depan The Intermark Building    



Suasana di Ampang Park Shopping Central

Bus U26 -ulang alik dari rumah ke ofis


















kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Saturday 27 July 2013

DUA PERSIMPANGAN

Suatu ketika sedang ku termenung, aku terfikir akan sesuatu perkara. Perkara yang berkaitan dengan diri aku dalam meneruskan perjalanan ini. Samada perjalanan aku ini bertemankan seseorang yang boleh aku bagi gelaran sebagai seorang "isteri" atau perjalanan ini ku teruskan seorang diri. Kenapa tiba-tiba aku berfikir begitu?

Setiap daripada kita ingin miliki pasangan hidup, begitu jua dengan aku. Namun dalam al-kisah hidup aku ini sering kali berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan. Aku tak mampu mempertahankan sebuah cinta untuk jangka masa yang lama. Sehingga perhubungan itu terhenti begitu sahaja walaupun hasrat untuk membina sebuah masjid sama-sama diungkapkan oleh kami. Tidak dapat dinafikan punca keretakkan hubungan itu adalah disebabkan aku sendiri. Tapi aku sering kali cuba untuk menafikannya, mana tak nya kerana ego yang tinggi jadi aku persalahkan orang lain.

Namun ketika ini aku merasakan sesuatu kelainan. Walaupun aku masih sayang pada seseorang itu, tapi aku tidak melafazkannya. Kerana biar aku sendiri yang tahu akan perasaan aku bagaimana. Aku buat begitu kerana aku terasa diri aku tak mampu untuk memberi kebahagiaan kepada nya. Aku juga takut bagaimana suatu hari nanti aku yang pergi dahulu, meninggalkan dia seorang diri... Mampukah dia hidup tanpa aku nanti??? Aku tak sanggup melihat dia meneruskan hidup seorang diri tanpa aku. Seandai ketika itu kami mempunyai anak, aku tidak sanggup melihat dia menjadi seorang ibu dan pada masa yang sama dia menjadi seorang ayah.

Entah lah, aku merasa seolah diri aku tidak lama lagi. Mungkin itu hanya perasaan yang lahir dari kata hati aku sendiri. Namun kadang kala kata hati kita itu ada juga benarnya. Aku cuba untuk mengetahui apa sebenar masalah aku ni, tapi setiap kali aku cuba menyelesaikannya akan ada sesuatu yang cuba untuk menghalang. Sesuatu itu adalah perasaan aku sendiri, memang pelik kalau nak difikirkan. Macam nak pecah kepala nie hahahaha. Tak mengapa, aku anggap pemberian Allah s.w.t ini adalah satu ujian kepada aku walaupun aku terpaksa berhadapan kesengsaraan. Yang penting aku tanam sifat kesabaran untuk berhadapan dengan ujian-Nya.......
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Wednesday 24 July 2013

BILA LELAKI KUAR SHOPPING

Bila semakin tiba Hari Raya Aidilfitri, tak sah sekiranya kita keluar untuk membeli pakaian baru bukan. Kalau perempuan dengan cara mereka la. Kalau dah shopping tu sampai nak pulun semua barang hahaha.  Kalau lelaki pulak macam mana? Sama ker dengan cara perempuan? Ermmmm soalan tu masing-masing la jawab yea. Setiap orang ada cara sendiri bukan.

Semalam aku dengan housemate a.k.a Pok Nik pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari sepasang baju Sut Melayu. Biasa la kita sebagai kaum melayu pasti nak pakai baju kebangsaan kita kan. Selepas menunaikan ibadat sunat terawih, kami pun bertolak ke sana lebih kurang pukul 10 lebih. Lebih banyak mana tu aku pun tak berapa nak ingat. Maklum la excited gitu nak pergi Kuala Lumpur naik motor hehehe.

Destinasi tumpuan kami tak lain tak bukan Jalan Tar. Kalau sebut Jalan Tar nie pasti orang taw. Yang tak taw sebab tak pernah sampai la tu hehehehe. Dekat sana terdapat banyak sangat-sangat (berganda dah tu hehehe) pilihan yang ada. Bermacam-macam design and colour sampai aku dan kawan aku tak tahu nak pilih yang mana. Tetapi yang penting aku nak yang murah hehehe itu yang penting. Baru jimat duit poket kanggggg.


Ungu menjadi pilihan Pok Nik




kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Sunday 21 July 2013

RAMADHAN 2013

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kerana kita masih lagi diberi kenikmatan dalam meneruskan ibadat berpuasa. Ibadat puasa itu datangnya hanya sebulan, saat ini kita harus menggandakan lagi amalan-amalan fardu dan sunat agar kita memperolehi ganjaran yang kita tidak dapat lihatnya pada masa kini namun kelak di akhirat sana, amalan-amalan ini lah yang membantu kita untuk ke syurga yang di janjikan oleh Allah s.w.t.

Sedar tak sedar, kita telah menghampiri fasa ke-2 di bulan ramadhan. Kita sedia maklum, fasa permulaan bulan ramadhan adalah kerahmatan, manakala fasa pertengahan pula adalah keampuanan dan akhir sekali kebebasan daripada api neraka. Kalau nak diperjelaskan satu per satu agak sukar kerana saya bukan lah para ustaz atau ulamak hehehe. Di sini hanya sekadar berkongsi yang mana kalau kita berkongsi sesuatu ilmu itu tidak merugikan. Tapi janganlah kongsi ilmu yang tak memberi manfaat.

Selamat meneruskan ibadat puasa pada bulan penuh keberkatan ini. Harapan kita agar segala amalan yang kita lakukan datangnya dari keikhlasan dalam pada masa yang sama kita mengharapkan ganjaran pahala di sini Allah s.w.t.
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Saturday 20 July 2013

LIFE IS BEAUTIFUL

Life is beautiful merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang ayah kepada seorang anak kecil yang berusia 7 tahun. Cuba ikuti ringkasan cerita ini dan apa yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.

Filem ini dilakonkan oleh Roberto Benigni. Di dalam kisah ini Benigni mempunyai seorang isteri namun mereka terpisah kerana tentera Nazi. Benigni dan anaknya merupakan tawanan Nazi Jerman dan telah di tempatkan di Kem Tahanan Auschwitz ketika Perang Dunia ke-2. Mereka hidup dalam kawasan yang dikelilingi kawat berduri, dijaga ketat oleh pasukan Nazi yang lengkap dengan senjata dan juga anjing pemburu yang ganas. Namun begitu, Benigni mempengaruhi anaknya dengan mengatakan bahawa mereka sedang bermain "perang-perang" sehingga anakanya itu termotivasi untuk menang.

Suatu malam, anaknya mula merasakan suatu penderitaan dan kebosanan yang amat sangat. Ketika itu pakaian dan makanan tidak mencukupi. Lalu si anak itu ingin menamatkan permainan tersebut. Benigni faham perasaan anaknya ketika itu yang mengambarkan kesedihan. Lalu dia berkata kepada anaknya; "baiklah, kita menyerah kalah dan tamatkan saja permainan ini...sambil menyusun pakaian dan kelengkapan yang dimilikinya. Kemudian Benignin berjalan perlahan-lahan ke arah pintu keluar sambil berkata lembut; "kita kalah...dan hadiah kereta kebal itu akan diambil oleh orang lain"... Si anak menatap si ayah lalu dia berteriak; "tidaaaakkkk ayah, saya nak menang dan dapatkan hadiah kereta kebal itu!!!".

Pada suatu hari, pasukan jerman melakukan pembunuhan secara mengejut. Setelah mengetahui bahawa pasukan sekutu akan menguasai kota Auschwitz, Benigni berusaha untuk menyelamatkan anak dan isterinya. Benigni melarikan diri bersama anaknya dan kemudian menyembunyikan anaknya dia dalam sebuah peti kayu. Benigni berkata; "anak ku, hari ini adalah hari kemuncak permainan dan kita perlu menang. Kamu perlu bersembunyi dalam peti ini dan jangan dilihat oleh sesiapa pun kerana semua orang sedang mencari kamu. Dan kamu mesti dapatkan hadiah kereta kebal itu!!!. Lalu dia bergegas mencari dan menyelamatkan isterinya.

Malang bagi Benigni kerana dia di tangkap oleh tentera Nazi. Ketika dia di seret keluar, tanpa sengaja Benigni terbuka peti kayu kecil itu. Anaknya melihat dalam kesamaran dari tempat persembunyian  dan ketika itu Benigni sedar yang  anaknya sedang melihat. Lalu dia berjalan dengan tegak seperti seorang tentera sambil memberi tabik hormat. 2 minit kemudian terdengar bunyi tembakan di sebalik tembok. Ketika itu anaknya tidak menyedari bahawa ayahnya telah pun mati ditembak tentera Nazi. 3 jam kemudian, sebuah kereta kebal datang menyelamatkan anak Benigni dan anaknya telah memenangi permainan yang telah dirancang oleh ayahnya.
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

PETIKAN KATA-KATA < author unknown>

Take time to THINK, It is the source of power
    Take time to READ, It is the foundation of wisdom
        Take time to Quiet, It is the opportunity of seek God
            Take time to DREAM, It is the future made of
                Take time to PRAY, It is the greatest power on earth
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!