Pages

Followers

Monday, 9 November 2015

Kamu Islam kerana apa?


Benar syahadah mu itu
Engkau memegang teguh rukun iman
Namun bagaimana pula dengan rukun islam
Solat?
Puasa?
Zakat?
Haji?
Mengapa harus meninggal perkara itu sedangkan
kamu tahu ia penting jua
Persoalan ku?
Kamu islam kerana apa?
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Friday, 3 October 2014

Gaya Hidup Baru

Kian lama rasanya tidak upload cerita terbaru di laman blog ni. Maklumlah sekarang asyik ngadap wechat, wassap betul tak? Betul la tu kan. Okey gaya hidup baru aku bermula seawal tahun ni, kalau tak silap bulan 3 aku mula buat satu perubahan. Perubahan biasa biasa sahaja.

workout

selfie  
 Okey inilah hasil dari percubaan beberapa bulan aku masuk keluar gym katang, kuala berang. Kalau dulu badan aku yang kurus kering namun kini sedikit berotot (hehehe) setelah menjalani workout. Selain workout untuk memperolehi benduk badan yang cantik (berotot), gaya pemakanan hendak diambil serius taw.






Sekarang aku ada 3 bulan untuk menghasilkan sesuatu yang leh mantap kata orang tu kan. Gaya pemakanan pun amat aku titik beratkan dan start bulan 10 aku mula diet. Diet yang lebih disiplin la kata orang. Hasilnya tunggu tahun depan, 2015 wokey!!!!
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Saturday, 25 January 2014

APA CITER TAUN BARU NIE???

Assalamualaikum...
Jawab salam tu dulu baru terus baca entry nie hehehe. Punya la lama dah tak buke blog nie, sedo sedo dah taun baru kan. Ermmmm tuk taun baru nie tak de yang special sgt. Laen la kalu dapat jadi jutawan ker, kawen anak raja ker baru de speacial.

Tapiiiiiiiii kan, taun baru ni kita kan dapat sorang ahli baru dalam keluarga. Bukan kite nak beranak la huhuhu. Insya-Allah bulan Mac 2014 kite kan bakal terima seorang adik ipar yang ensem sikit dari ehemmmm ehemmm kikiki. Tu jer kot berita yang kite nak kongsi dengan temua olang ngeeee..

~see u in next entry...byeeeee~
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Sunday, 20 October 2013

PERPISAHAN ITU

Perpisahan itu..
Tidak siapa pun yang meminta.
Aku atau kamu.

Perpisahan itu..
Menambah kelukaan dan kesedihan sahaja.
Aku atau kamu.

Tetapi,
Perpisahan itu pasti ada hikmahnya.
Yang hanya Dia mengetahui.
Kerna pengaturan itu adalah milik-Nya.
Jangan disesali walau ia sering terjadi pada kita.

Walau,
Perpisahan itu telah terjadi dan sering terjadi.
Mungkin akan terjadi lagi.
Saki baki perjalanan harus ditempuhi.
Harapan agar menemui penawar perpisahan.
Bagi mengubati kesedihan dan kelukaan.


kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!

Monday, 30 September 2013

7 TAHUN PERKENALAN

7 tahun perkenalan bukan satu tempoh yang singkat. Dalam tempoh ini sudah pasti banyak kenangan pahit mahupun manis akan menjadi santapan dalam kehidupan. Aziz seorang lelaki yang berasal dari terengganu mula menaruh hati pada seorang wanita yang telah mencuri hatinya. Pertemuan itu bermula sewaktu mereka mengikuti sebuah program yang telah dilakukan oleh negeri terengganu sendiri. Aziz cuba mendekati Nur dalam tempoh program tersebut namun dia tiada keberanian untuk melakukannya apatah lagi dia seorang yang pemalu.

Namun usaha untuk mengenali Nur terus dilakukan sehingga waktu perpisahan, akhirnya Aziz memberanikan diri untuk mendapat nama serta nombor telepon Nur, wanita yang telah menambat hatinya. Perkenalan mereka semakin hari semakin akrab sehingga mereka saling mencintai. Seperti biasa dalam percintaan akan wujudnya pasang dan surut yang kita sendiri tidak menjangkanya. Setelah setahun lebih mereka bercinta akhirnya mereka berpisah dan masing-masing membawa diri. Aziz telah mendapat tawaran memasuki universiti di utara semenanjung manakala Nur telah melanjutkan pelajaranya di UKM.

Setelah bertahun mereka terpisah, terdetik di hati Aziz untuk mencari Nur. Pelbagai usaha yang dilakukan agar dapat kembali memiliki wanita yang pernah hadir dalam hidupnya. Usaha Aziz membuahkan hasil apabila dia telah mendapat nombor telepon baru Nur dan juga laman sosial facebook. Pada semester 4, Aziz telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda iaitu program jelajah IPT. Salah satu IPT yang akan dikunjungi adalah UKM, jadi peluang ini tidak akan dipersiakan oleh Aziz untuk berjumpa dengan Nur.

Pada tahun 2013, cinta diantara mereka berputik kembali. Bunga yang dahulunya layu kini berkembang kembali mewarnai taman-taman. Namun sudah suratan takdir, Nur telah pergi buat  selamanya. Pemergian itu diketahui oleh Aziz beberapa bulan selepas kematian kekasihnya itu. Berita itu amat mengejutkan Aziz dan dia sedih kerana tidak dapat menatap wajah insan yang dicintai untuk kali terakhir.

Sepanjang 7 tahun perkenalan, hanya 3 pertemuan diantara Aziz dan Nur. Tiada kenangan yang indah untuk Aziz kenangkan apatah lagi potret Nur sudah tiada lagi. Aziz terus kesedihan seorang diri dan dia lebih suka menghabiskan masanya dengan menyendiri.....
kalau suke komen ler..aikk xkomen lagi!!!!