7 tahun perkenalan bukan satu tempoh yang singkat. Dalam tempoh ini sudah pasti banyak kenangan pahit mahupun manis akan menjadi santapan dalam kehidupan. Aziz seorang lelaki yang berasal dari terengganu mula menaruh hati pada seorang wanita yang telah mencuri hatinya. Pertemuan itu bermula sewaktu mereka mengikuti sebuah program yang telah dilakukan oleh negeri terengganu sendiri. Aziz cuba mendekati Nur dalam tempoh program tersebut namun dia tiada keberanian untuk melakukannya apatah lagi dia seorang yang pemalu.
Namun usaha untuk mengenali Nur terus dilakukan sehingga waktu perpisahan, akhirnya Aziz memberanikan diri untuk mendapat nama serta nombor telepon Nur, wanita yang telah menambat hatinya. Perkenalan mereka semakin hari semakin akrab sehingga mereka saling mencintai. Seperti biasa dalam percintaan akan wujudnya pasang dan surut yang kita sendiri tidak menjangkanya. Setelah setahun lebih mereka bercinta akhirnya mereka berpisah dan masing-masing membawa diri. Aziz telah mendapat tawaran memasuki universiti di utara semenanjung manakala Nur telah melanjutkan pelajaranya di UKM.
Setelah bertahun mereka terpisah, terdetik di hati Aziz untuk mencari Nur. Pelbagai usaha yang dilakukan agar dapat kembali memiliki wanita yang pernah hadir dalam hidupnya. Usaha Aziz membuahkan hasil apabila dia telah mendapat nombor telepon baru Nur dan juga laman sosial facebook. Pada semester 4, Aziz telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda iaitu program jelajah IPT. Salah satu IPT yang akan dikunjungi adalah UKM, jadi peluang ini tidak akan dipersiakan oleh Aziz untuk berjumpa dengan Nur.
Pada tahun 2013, cinta diantara mereka berputik kembali. Bunga yang dahulunya layu kini berkembang kembali mewarnai taman-taman. Namun sudah suratan takdir, Nur telah pergi buat selamanya. Pemergian itu diketahui oleh Aziz beberapa bulan selepas kematian kekasihnya itu. Berita itu amat mengejutkan Aziz dan dia sedih kerana tidak dapat menatap wajah insan yang dicintai untuk kali terakhir.
No comments:
Post a Comment