Assalamualaikum...
Setelah hampir setahun aku bekerja di luar negeri kelahiran ku (terengganu), kini aku telah kembali ke kampung halaman. Pasti ramai yang akan bertanya kenapa aku mengambil keputusan untuk kembali ke kampung. Apa yang ada di kampung?
Setiap orang ingin mencari kejayaan dalam kehidupan begitu jua dengan aku. Namun apabila aku berada di luar jauh daripada keluarga aku merasa sesuatu yang tidak tenang. Fikiran sering bermain di kepala aku, macam mana kedua ibu bapa ku di kampung? Kebetulan pada raya baru ini, aku mendapat tahu bahawa kesihatan ayah ku kian terjejas. Pada baru ini juga, seminggu aku berada di rumah apa yang aku dapat perhatikan, abang dan juga adik bongsu ku sering saja keluar malam meninggalkan ibu aku keseorangan. Dah la ibu dah tak ada sape-sape. Aku harap pada adik dan abang untuk tengok-tengok semasa aku berada jauh. Namun apa yang berlaku adalah seperti yang aku beritahu tadi.
No comments:
Post a Comment